Saturday, May 22, 2010

Perasmian Team Futsal Remaja - Gelanggang Toyol


( Dah habis.. X puas ati )


( ewah 2x - siap nari lg.. )


( tak mo komen )


( Ilman bersemangat pulon hahaha... )


( Gaduh-gaduh manja.. - belakon ja nih )


( Tazkirah 10 Minit - mana boleh seronok je.. )


( Perasmian Gelanggang Toyol - hahaha )

Huhui.. Hari ini 2 post sy bubuh dlm blog ni..
Pada 21/5/2010 lepas, Remaja telah menganjurkan satu aktiviti sukan iaitu sukan futsal. Kami main dekat gelanggan bola tampar atas surau je.. mula daripada petang tu hujan cukup lebat, tapi alhamdulillah, lepas isyak ujan pon berenti.. memang bernasib baik la.. Ramai juga yang turun malam tu, tapi ramai juga yang tak bawak kasut, so jd penonton je lah.. Terima kasih sy ucapkan buat pak cik- pak cik yang sudi menberi semangat, buat Hj Abu & Family diatas kesudian membekalkan elektrik, buat semua yang hadir juga. Perasmian gelanggan telah dijalankan oleh Tn Hj Ibrahim bin Othman, penasihat remaja. Saya harap aktiviti ini berterusan, dan kalau ada pak cik2 yang berminat nak join, jom le... hehehe ( Kalah jgn menangis ). Tgk Gambar dah la ye, malas nak taip.. Babai.. Op-op, majlis bersurai jam 12 tgh mlm.

Laporan Kem Nuqaba' 2010


( Bergambar kenang-kenangan)


( Burung Hantu - Haha.. kena teruk bebudak tu )


( Chekpoint Explorace - Pulun.. )


( Kanak-kanak riang )


( LDK - Pembentangan )


( LDK - Main conteng-conteng )


(Kawasan Perkhemahan - Depan surau je..)

Assalamualaikum Wr Wb
Alhamdulillah, hari ni sy diberi kesempatan utk meng'upload' gambar dan menyiapkan laporan Kem Nuqaba' 2010.. Beribu kemaafan dipohon diatas ketidaksempatan kami menedit blog ini keran beberapa masalah ... sila la baca ye...


Program dimulakan pada jam 2.30 ptg waktu Selama. Seramai 26 peserta dan 15 org urusetia telah melapor diri. Alhamdulillah, cuaca pada kedua-dua hari sangat baik dan menyebelahi kami. Program yang pada asalnya dijadualkan bermula pada jam 8.00 pagi telah ditangguhkan sehingga jam 2.30 ptg. Walau bagaimanapun, segala-galanya berjalan lancar. Pada hari pertama kem, Kem dimulakan dengan taklimat awal oleh Saudara Zulkhairi, dan seterusnya program diambil alih oleh Saudara Hazwan Munir bagi slot kepimpinan. Menu makan malam pada hari pertama itu ialah Ayam Masak Kicap pedas, Ikan Goreng, Sayur Campur kot... Malam tu, peserta tido pukul 4 pagi ( hehehe.. padan muka )
Seorang peserta dihantar ke Hospital Selama kerana sakit.. Tapi x serius, bagi ubat + cucuk sejemput, elok trus..
Malam tu, slot kuliah oleh A.F. ust Abu Salam Ariffin, Slot 2 oleh Cg Mashor Hashim, Penyediaan kertas kerja & sbgnya, slot 3-LDK, Slot 4- Burung Hantu.
Majlis penutup dirasmikan oleh, Tn Joshuade Reza Bin Mohd Zaini, Pegawai tadbir Agama Islam, Daerah Selama. Malas dah nk ulas, tgk gambar dah la..