Sunday, June 7, 2009

LAPORAN : MAJLIS SUAI KENAL BERSAMA AHLI BARU

Assalamualaikum.. Wr Wb
Hm.. cuti sekolah sudah tiba ke pertengahannya, cuti tahun ini pihak ajk sibuk sedikit, maklumlah masing2 ada yang nak ambil SPM dan ada yang duduk jauh, jadi perancangan susah sikit untuk dibuat. Tapi Alhamdulillah, baru2 ini persatuan telah berjaya menganjurkan satu majlis silaturahim yang mana objektifnya adalah untuk mengalu2kan kedatangan ahli2 persatuan yang baru. Untuk pengatahuan semua, baru2 ini juga kelab kompang surau at-taqwa telah menambah bilangan kompangnya sebanyak 12 buah, walau bagaimanapun ianya masih belum mencukupi. Kami berhasrat untuk menempah baju baru bagi kelab kompang ini, justeru itu, sumbangan tuan/puan amatlah dialu2kan. Di bawah dicatatkan sedikit tentatif dan ulasan program :



Majlis bermula jam 6.00 petang dengan ajk dan para ahli persatuan mengambil tempat. Pada tahun ini, majlis diadakan di Kediaman Tn. Hj. Johari bin Mt Desa yang terletak di kawasan permai 2. Alhamdulillah, tuan rumah ,memberikan sepenuh kerjasama terhadap program ini. Menu pada malam itu ialah Satay,nasik goreng special, kuih2, bihun goreng dan satu dua makanan lagi yang disumbangkan oleh ibu bapa peserta.


( PESERTA DIBERI TAKLIMAT AWAL OLEH AJK REMAJA )

Pada jam 7.30 malam, semua yang hadir telah sama2 solat berjamaah maghrib yang diimamkan oleh Saudara Muhammad Azhari. Kemudian, para peserta sama2 mengikuti usrah yang disampaikan oleh Saudara Hazwan Munir bin Abu Husin dan Saudara Muhammad Zulkhairi b Mashor. Selepas itu, para peserta telah sama2 solat isyak berjamaah yang diimamkan oleh Tn.Hj. Johari sendiri. Pada jam 9 malam, tetamu2 VIP telah tiba dan mereka telah mengambil tempat masing2 sementara menunggu para perserta selesai solat isyak.


( SEWAKTU USRAH SEDANG DIJALANKAN )

Sementara itu, para ajk telah sama2 berganding tangan untuk membakar satay yang telah disediakan sejak awal pagi lagi.


( SUASANA DI DAPUR/TEMPAT MEMBAKAR SATAY )


( BAKAR-BAKAR )

Seterusnya, sedikit doa selamat telah dibacakan oleh En. Nahrawi bin Jahid dan para peserta kemudiannya menjamu selera.


( DOA CEPAT KAWEN )


( JAMUAN UNTUK PAKCIK2 )


( ADIK-ADIK YANG HADIR )


( MAKCIK-MAKCIK YANG BANYAK MEMBANTU )


( MAJLIS BERSURAI... )

Para peserta kemudiannya diminta untuk memperkenalkan diri masing2 dan diikuti oleh para AJK. Majlis bersurai pada jam 11.00 malam dalam keadaan aman, Sekian.