Saturday, January 31, 2009

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN REMAJA AT-TAQWA SESI 2009

PENGERUSI : HAZWAN MUNIR BIN ABU HUSIN

TIMB. PENGERUSI : MUHAMMAD ZULKHAIRI BIN MASHOR

SETIAUSAHA : MUHAMMAD AZHARI BIN JOHARI

BENDAHARI : MUKHAMMAD NURRUDDIN BIN NAHRAWI


AJK

IBADAH & PENDIDIKAN : MUHD. NABIL IMANI BIN KAMARUNZAMAN

KEMASYARAKATAN : MUHAMMAD IKHWAN BIN ROSLAN

SUKAN & RIADAH : MUHAMMAD SHAFIE BIN ABU KASIM

KOMPANG : MUHAMMAD ZULHILMI BIN MASHOR

NISA' & KEBAJIKAN : NURAIN NABILA BT AHMAD RUSMAN

PUBLISITI &
PERANCANGAN : NUR HANANI BT ABDUL RANI

Monday, January 5, 2009

LAPORAN HARI KELUARGA PERSATUAN REMAJA AT-TAQWA





Alhamdulillah..
Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T diatas nikmat dan rahmat yang dikurniakannya.

Suasana hari keluarga sangat meriah walaupun hujan renyai2 turun pada awal pagi. Seramai 70 orang ( +- ) hadir pada majlis tersebut yang diadakan di Lata Tebing Tinggi, Rantau Panjang, Selama. Oleh kerana terdapat kekangan masa, beberapa aktiviti seperti sukaneka tidak dapat dijalankan. Walau bagaimanapun, rata-rata yang hadir berpuas hati dan meminta pihak pengurusan mengadakan lagi program ini pada tahun hadapan.



Dibawah ini ialah sedikit coretan yang dapat ditulis :

Pada asalnya majlis dijadualkan bermula pada jam 8.30 pagi, tetapi oleh kerana terdapat sedikit maslah pada pagi tersebut maka ianya ditanguhkan sehingga pukul 9.30 pagi. 4 orang Ajk daripada kaum wanita ialah yang mula2 tiba ditempat program, manakala kami tiba sejam kemudian..

Hehehe.. SOri bangat.

Menu pada program tersebut ialah 15 kg ikan keli bakar, gulai nangka, gulai ikan temenung dan juga air asam yang disediakan khas oleh chef berpengalaman, Pak Lang Mat Aji.

Kaum2 ibu yang tiba turut membantu seperti menyiang bawang, manakala kaum bapa pula membantu membakar ikan dan mencuci perut dan juga tolong makan....

( KAUM IBU )

Penulis tidak dapat bersama sepenuhnya pada program itu kerana terpaksa berulang-alik ke selama untuk mengambil barang, maklum lah naik kereta kecil.

Pada program itu, ais kacang turut disediakan yang menambahkan lagi keseronokan program.. Ditambah pula dengan juadah2 yang disediakan oleh para ibu yang membawanya dari rumah, memang tak habis dimakan.


( ABC - SAPA NAK BUAT SENDIRI )

Pengalaman sebegini sangat2 bermakna bagi setiap ahli2 persatuan disamping ianya dapat mengeratkan hubungan diantara keluarga2 ahli.

( TAHLIL & DOA SELAMAT )

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, pihak pengurusan amat berpuas hati dengan program ini yang memang tercapai matlamatnya. Insyaaallah, jika berkesempatan program ini akan dijalankan lagi pada tahun 2009 pula.

( DAH MAKAN TERJUN LA PULA )

Pengajaran yang diperolehi pada program ini ilaha, jika kita ikhlas untuk melakukan sesuatu, Allah akan turut bersama2 kita menjalankannya.

( SOLAT BERJAMAAH DI SANA -ni masbuk )

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..

Wallahualam..