Friday, March 12, 2010

Lawatan Ke Kelantan & Terengganu


( Depan Majis Beijing )


( Bergambar kenangan di Kota Darul Naim )


( Sidang bawah pokok - Taklimat awal mengenai Kota Darul Naim )


( Atas bas, ust ahmad paling depan.. )


( Stadium pun runtuh... Bala2.. )


( Solat Berjemaah dekat umah tumpangan )


( Sebahagian Mak Cik2 bergambar kenang-kenangan depan Masjid Rusila )


( Depan Masjid Terapung )

Pada penghujung bulan Februaru lepas, iaitu 26-28 Feb 2010, Remaja telah menganjurkan satu lawatan ke negeri pantai timur. Seramai 38 Orang peserta telah mengikuti lawatan tersebut.

Para peserta telah berlepas dari perkarangan Surau At-Taqwa pada jam 10.30 malam dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas dari Pulau Pinang.

Pada lawatan kali ini, beberapa tempat2 menarik telah kami lawati dan singgah. Antaranya adalah seperti di bawah:
1) Masjid Kg Pulau Melaka - Mendengar kuliah subuh drp YAB Menteri Besar kelantan.
2) Pasar Siti Khadijah - jalan2 beli2..
3) Perkarangan Hotel Ansar - Mendengar kuliah pagi jumaat
4) PCB - ambik angin laut.. best2..
5) Pasar Malam Wakaf Che Yeh - Tengok2 je...
6) Stadium Runtuh, Kuala Terengganu - ambik gambar
7) Masjid Terapung - singah2 je..
8) Kompleks Noralfa Batik - ana sempat mewarnakan kain batik tu..
9) Masjid Rusila - Solat Zohor, ambik gambar, usha2 rumah Tok Guru Hj Hadi
10)Kilang Batik & Tembaga - sj singah2 je...
11)Pantai Batu Buruk - Makan + Ambik gambar + mencari ketenangan jiwa.. huhu
12)Pasar Kedai Payang - Soping... huhuhu
13)Masjid Kristal - Tangkap gambar, & tengok la apa yang patut..
14)Losong - Beli kopok lekor
15)Kota Darul Naim - Taklimat & Lawatan sekitar oleh Urusetia Penerangan
16)JKR 10 - Makan Tengahari
17)Masjid Beijing - Solat zohor, ambik gamabar + mandi.. huhu
18) Rantau Panjang - soping.....
19)Bukit Bunga - Soping + Solat Maghrib....

Lawatan kali ni semua peserta rasa puas.. sebab banyak tempat dan masa lawatan yang panjang, so banyak masa untuk kelebek2 mana yang bekenan..

Dikesempatan ini, saya dan j/kuasa lawatan memohon maaf andai terdapat kekekurangan sepanjang tempoh lawatan ini berlansung. TQ buat ust wan, ust hazwan, ust adnan krn bnyk memberikan info2 dan sudi membawa kami melawat kompleks kota darul naim...

Kita jumpa lagi..

Tuesday, March 2, 2010

JAWATANKUASA BARU TAHUN 2010/2011

Assalamualikum Wr. Wb.

Syukur kpd Allah SWT kerana kita dapat sama-sama menghirup udara segar pada waktu dan ketika ini;selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW , para sahabat , keluarga dan muslimin muslimat sekalian...

Pada 16 Februari lepas, Jawatankuasa Persatuan Remaja At-Taqwa, Selama Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan buat kali yang ke-6 bertempat di Surau At-Taqwa. Dibawah ini adalah ahli-ahli baru yang telah diberikan amanah bagi menjalankan tugas mentadbir persatuan.

Di kesempatan ini juga, saya sebagai pengerusi memohon ampun dan maaf andai terdapat sebarang ketelanjuran, kekasaran, dan 'kekurang hajaran' kepada semua... TQ.

PENGERUSI : MUHAMMAD ZULKHAIRI BIN MASHOR
TIMB. PENGERUSI : MOHAMAD HAFIZUDIN BIN ISHAK
SETIAUSAHA : MUKHAMMAD NURRUDDIN BIN NAHRAWI
BENDAHARI : MUHAMMAD SHAFIQ BIN JOHARI
AJK : MUHAMMAD AZHARI BIN JOHARI
: MUHAMMAD THAQIF BIN JOHARI
: MUHAMMAD AKMAL FAIZ BIN SUHAIMI
: MUHAMMAD HARITH BIN CHE MAHADZIR