Saturday, November 14, 2015

Ada program terbaru.. Nantikan

Saturday, May 16, 2015

Lama tak update.. Nah untuk tatapan

Wednesday, October 16, 2013

Kuiz...


Sapa dapat jawab? emel dekat emel aku yer... bbq_mt@yahoo.com.my

~ By Aneng

Saturday, October 12, 2013

Wisma MAIS


Assalamualaikum 
pembuka bicara, madah yang indah, alunan di jiwa... :P
Lama tak update blog ni. Semoga terhibur.
Aku sekarang sambung belajar di UNISEL, Kampus Shah Alam. Unisel - Universiti Selangor.
Unisel ada 2 kampus, satu di Bestari Jaya (Main Kampus) dan satu lagi di Shah Alam (City Campus). There are 2 seprated campus where each other have a diffrent facultys. Here ini my Shah Alams Campus, we have 4 facultys; Business, Biomedical & Health Sciences, Art & Design and Communication & Media.
Kota Raya amat seronok, tapi penuh dengan cabaran. Tapi cabaran itu lah yang semakin mendewasakan kita. Oh ya, banggunan dekat atas tu la asrama aku. Wisma MAIS, seksyen 3, Shah Alam. Sesiapa yang terlajak ke sana sila la carik aku. tata
Wassalam

p/s : Sorry for the broken english :)

~ By Aneng

Penampatan terkini Geng Remaja Taqwa - Kawasan Selatan


1) Hazwan Munir bin Abu Husin - Kampus Shah Alam, Selangor


1) Mukhammad Fakhrul Ilman bin Nahrawi - Teknologi Park Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur


1) Nur Liyana bt Abd Razak - Nilai, Negeri Sembilan


1) Mohamad Nabil Imani bin Kamarunzaman - Kampus Gombak, Selangor
2) Muhammad Naj'muddin bin Abd Razak - Kampus Gombak, Selangor


1) Muhammad Zulhilmi bin Mashor - Kampus Petaling Jaya, Kuala Lumpur


1) Nina Syafiqah - Kampus Puncak Alam, Selangor
2) Fatin Fatinah - Kampus Shah Alam, Selangor
3) Ayu Haslyana Abd Rahim - Kampus Segamat, Johor


1) Mohd Zulhilmi Badri - UniKL-MFI, Bandar Baru Bangi, Selangor


Lain-lain :
  1. Muhammad Azhari Johari - Shah Alam, Selangor
  2. Siti Ain Hashim - Selayang, Selangor
  3. Aimullah Asyraf Hashim - Selayang, Selangor
  4. Syed Mohd Fitri Syed Mokhtar - Seremban, Negeri Sembilan
  5. Amirul Arif Azizan - Hang Tuah Jaya, Melaka

Friday, November 2, 2012

Jemputan Rehlah Tarbawi 2012



Rehlah Tarbawi Tahun 2012 akan berlansung pada :-

Tarikh : 10 - 13 November 2012
Tempat : Trolak - Cameron Highlands-Kota Bharu
Masa Bertolak : 3.00 pagi (11.11.2012)
Bayaran : RM 15.00 (Ahli)
                RM 45.00 (Bukan Ahli)

Aktiviti :

  1. Lawatan Sambil Muhasabah Diri
  2. Tadarus Al- Quran
  3. Hafazan Al-Quran (Juzz Amma) - 5 Surah Pilihan
  4. Khidmat  Bakti
  5. Brain Storming
  6. Menenangkan jiwa
  7. Tautan Ukhwah
  8. Kompang
  9. dan lain-lain...
Sebarang pertanyaan sila hubungi : 019-5654832

p/s : Sponsor dialu-alukan

Pengarah Program : En Hazwan Munir Bin Abu Husin
Pen. Pengarah : En Muhammad Anwar Bin Mashor
S/U : En Muhammad Shafie Bin Abu Kasim
Bendahari : En Muhammad Azhari Bin Johari

Dan sekali AJK Program 2012 (malas nak tulis)


Ditulis oleh : Umar Firas @ Aneng

Friday, October 19, 2012

BilA rInDu


BILA RINDU, BAGAIMANA MENGURUSKANNYA??


“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”

“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?”


“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.”

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

“Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah. Padahal, baginda ma’sum dan saya tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”

“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”

“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,” 


Credit to:  USTAZAH FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN :)


By: Cik_Lavender