Sunday, May 29, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Remaja At-Taqwa Kali Ke-5 (Bhg. 1)

Kotak Undi



SPR-Suruhanjaya Pemilihan Remaja



Perasmian oleh Pengerusi Surau



Mok cik pon ada



Tetamu yang hadir





Assalamualaikum...





Pada 28 Jun 2011 lepas, Remaja Taqwa telah mengadakan muktamar tahunan @ mesyuarat agung tahunan kali ke-5. Alhamdulillah seramai 60 perwakilan telah hadir pada muktamar tersebut, antaranya ialah Group Remaja An-Nur, GPGK, Ahli2 remaja taqwa & AJK tertinggi Surau At-Taqwa, Taman Merdeka.


Mesyuarat dimulakan pada jam 9.30 pm dan berakhir jam 12.30 am(29.5.11)-2 hari tuhh..


Mesyuarat agung tersebut telah dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi persatuan diikuti pengerusi surau. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Surau At-Taqwa, kemudiannya beliau telah memalu gong sebanyak 5 kali sebagai simbolik perasmian dan sebagai tanda 5 tahun remaja taqwa. tengok gambar dah le yer... Senarai AJK akan diupload kemudian.


Sekian.. TQ

Monday, May 16, 2011

MITa 2 - Malam Inspirasi Taqwa 2





Mita datang lagi..


Tarikh : 4-5 Jun 2011

Tempat: Surau Kg Medan, Selama Perak

Masa berkumpul : 1.00 petang (4.5.2011)


Tentatif ringkas:

4.5.2011

1.00 pm - Berkumpul

1.30 pm - Solat zohor berjamaah

2.00 pm - Taklimat perjalanan/keselamatan

2.15 pm - bertolak ke tapak program (konvoi berbasikal)

2.45 pm - dijangka tiba

......


5.5.2011

9.15 am - majlis perasmian penutup

9.45 am - bertolak pulang

10.15 am - dijangka tiba


Nota:



  1. Sesiapa yang berminat hendak menyertai konvoi sila berhubung dengan Saudara Muhammad Harith Bin Che Mahadzir


  2. Bayaran Konvoi Rm 1.00 . Bayaran program tiada.


  3. Sila bawa makan tambahan sendiri. Hanya makan malam dan sarapan pagi disediakan,


  4. Lelaki dan perempuan.


  5. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Saudara Muhammad Shafie Bin Abu Kasim, Penyelaras MITa 2 ditalian 017-4203590

Program Terkini Mei 2011


Tarikh : 28 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat: Surau At-Taqwa, Taman Merdeka

Para perwakilan, ahli-ahli & semua peminat/fan Remaja dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.
Sesiapa yang nak mengundi sila mendaftar bermula selepas asar sehingga malam tersebut.

Sekian.

Pengerusi
Suruhanjaya Pemilihan Remaja(SPR)
Persatuan Remaja At-Taqwa, Selama Perak

p/s:


  1. cara pengundian kali ini ialah melalui cara pangkah kertas undi

  2. senarai nama calon yang layak untuk mengundi akan dipamerkan di papan kenyataan utama surau At-Taqwa mulai 20.5.2011.