Saturday, March 31, 2007

KOMPANG REMAJA UNTUK DITEMPAH




Kompang Remaja Surau At-Taqwa, pada mulanya hanya dianggotai oleh kira-kira 12 orang pemain sahaja. Pasukan ini dilatih oleh guru-guru yang memang mempunyai kemahiran dalam bidang ini seperti Tn.Hj.Abu Husin bin Mohmmad & En.Nahrawi bin Jahid. Kompang-kompang ini adalah sumbangan daripada pihak surau sendiri dengan modal sebanyak RM 500.00 sahaja. Pada masa itu jumlah kompang adalah sebanyak 14 biji,termasuk 2 biji kompang besar. Sehari ke sehari jumlah permintaan untuk bermain juga turut bertambah,maka pihak AJK telah manambah jumlah kompang menjadi 17 buah. Baru-baru ini,kumpulan kompang ini telah menerima sumbangan berupa sebuah tamborin berwarna putih, penambahan peralatan telah membuatkan kumpulan ini menjadi semakin terkenal ditambah pula dengan lagu-lagu hasil gubahan sendiri yang lain daripada kumpulan kompang yang lain. Kumpulan ini telah berjaya menerima tempahan kompang dalam masa sebulan sahaja selepas ianya ditubuhkan, kumpulan ini juga telah membuat banyak persembahan termasuk persembahan perasmian majlis,perkahwinan,dan sambutan orang kenamaan. kumpulan ini mempunyai beberapa buah lagu dan lagu yang kerap dimainkan adalah 4 sahaja iaitu; Selawat ,Ya Rahman,Selamat datang, dan lagu pengantin. Lagu-lagu adalah lebih berunsurkan kepada keislaman,selari dengan institusi yang dinaungi oleh kumpulan ini. Warna tema bagi kumpulan ini adalah hijau, mereka mempunyai sehelai baju batik berpatenkan "Raihan" dengan corak-corak yang menarik. Walaupun kumpulan ini masih muda tetapi mereka mempunyai daya inovasi dan semangat yang tinggi, dipimpin oleh seorang remaja yang berusia 17 tahun tetapi amat bersungguh-sungguh apabila membuat latihan.




Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh dibuat menerusi talian




019 - 5654832 - Hazwan Munir ( Pengerusi )


013 - 4302507 - Zulhilmi ( Ajk Kompang )



Alamat surat-menyurat :
PERSATUAN REMAJA AT-TAQWA
d/a : Surau At-Taqwa, Taman Merdeka
34100 Selama
Perak Darul Ridzuan

email : bbq_mt@yahoo.com.my