Wednesday, June 27, 2012

"Seindah Hiasan"

::Assalamualaikum buat readers semua::

~~Wanita ialah perhiasan dunia.. Dan seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH.. Kurang berseri 

rasanya kalau blog nie tidak dihiasi dengan nukilan dari seorang Wanita.. Sebelum ni mgkin entry dipostkan 

oleh En.HM kita..hehhe.. Tp Insha Allah selepas ni, blog akan diupdate dgn sentuhan dari saya mewakili 

kaum hawa dan En.HM dari kaum  adam sendiri.. Smoga dengan ini blog Persatuan Remaja At-Taqwa akan 

lebih menarik dan dapat diperbaiki dari masa ke masa..~~



By: Cik_Lavender

Tuesday, June 19, 2012

Selamat Datang Ke Pengurusan Baru
Admin Blog ini telah bertambah seorang lagi menjadikan seramai 2 orang
Admin Utama : Ayu Haslyana Bt Mohd Yusoff
Admin Pencen : Hazwan Munir Bin Abu Husin

Selamat Melawat..



By :Aneng

Saturday, January 28, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Rehlah Tarbawi 2011










Rehlah Tarbawi 2011 merupakan satu inisiatif terbaru Remaja Taqwa bagi mendidik serta menyegarkan kembali memori pahit sepanjang tahun 2011 yang lalu. Program yang dirangka & dijalankan pada penghujung tahun ini buat julung-julung kalinya telah melangkah ke Utara iaitu Kedah Darul Aman. Disertai oleh 20 peserta muslimin dan melibatkan sebanyak 2 buah kereta rasmi dan 2 buah tidak rasmi yang mana jumlahnya ialah 4 buah. Program ini dirangka bagi mendidik ahli2 remaja supaya sentiasa bermihasabah diri serta mengambil iktibar keatas kisah2 serta pengalaman yang dilalui selama 2 hari 1 malam tersebut. Pada kali ini, Damai Park Resort, Merbok telah menjadi destinasi pilihan remaja untuk berhenti berehat. Antara tempat2 lawatan ialah KUIN, Tg Dawai, Sg Petani, Lembah Bujang, Kulim, dan beberapa tempat menarik lagi. Insyaallah pada tahun hadapan akan ke Negeri Pantai Timur pula dengan anggaran peserta sebanyak 35 orang yang melibatkan 5 buah kenderaan rasmi termasuk muslimat. Papepon, tgk gambar dah la ek... Wallahualam

Karnival Hijrah Harmoni 1433


















Pada 23 - 24 Disember yang lepas telah berlangsung satu program yang dinamakan Karnival Hijrah Harmoni 1433 bertempat di Astaka Majlis Daerah Selama. Pelbagai acara menarik telah berlansung diserikan lagi dengan acara seperti konsert, paintball, flyingfox, pertandingan memasak, sukaneka, mewarna dan pameran serta jualan daripada agensi kerajaan serta swasta. Program ini adalah anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Selama dan mendapat kerjasama yang erat serta jitu daripada Persatuan Remaja At-Taqwa serta NGO2 lain dan Masjid2 & Surau2 sekitar Bandar Selama. Malas nak ulas.. tengok gambar dah la..

Friday, November 11, 2011

Pengumuman Terkini

Assalamualaikum wr wb
Sukacita dimaklumkan bahawa Admin bagi blog ini secara rasminya akan bertukar kepada seseorang yang lain mulai 1 Disember 2011. Proses ini adalah proses biasa.
Dikesempatan ini, admin (sekarang) memohon ampun & maaf andai sepanjang blog ini ditubuhkan terdapat sebarang masalah yang timbul & kurang disenangi oleh para pelawat sekalian. Mohon maaf juga kerana blog ini tidak diupdate daripada semasa ke semasa... Apa yang terbaik itu adalah daripada Allah & yang lemah itu adalah kealpaan admin sendiri. wallahualam

HAZWAN MUNIR BIN ABU HUSIN
Admin (sekarang)

Saturday, September 3, 2011

Jemput-Jemput....



Pakaian : Baju Raya Lengkap Bersampin