Tuesday, January 24, 2012

Rehlah Tarbawi 2011










Rehlah Tarbawi 2011 merupakan satu inisiatif terbaru Remaja Taqwa bagi mendidik serta menyegarkan kembali memori pahit sepanjang tahun 2011 yang lalu. Program yang dirangka & dijalankan pada penghujung tahun ini buat julung-julung kalinya telah melangkah ke Utara iaitu Kedah Darul Aman. Disertai oleh 20 peserta muslimin dan melibatkan sebanyak 2 buah kereta rasmi dan 2 buah tidak rasmi yang mana jumlahnya ialah 4 buah. Program ini dirangka bagi mendidik ahli2 remaja supaya sentiasa bermihasabah diri serta mengambil iktibar keatas kisah2 serta pengalaman yang dilalui selama 2 hari 1 malam tersebut. Pada kali ini, Damai Park Resort, Merbok telah menjadi destinasi pilihan remaja untuk berhenti berehat. Antara tempat2 lawatan ialah KUIN, Tg Dawai, Sg Petani, Lembah Bujang, Kulim, dan beberapa tempat menarik lagi. Insyaallah pada tahun hadapan akan ke Negeri Pantai Timur pula dengan anggaran peserta sebanyak 35 orang yang melibatkan 5 buah kenderaan rasmi termasuk muslimat. Papepon, tgk gambar dah la ek... Wallahualam

No comments: