Rehlah Tarbawi 2011 merupakan satu inisiatif terbaru Remaja Taqwa bagi mendidik serta menyegarkan kembali memori pahit sepanjang tahun 2011 yang lalu. Program yang dirangka & dijalankan pada penghujung tahun ini buat julung-julung kalinya telah melangkah ke Utara iaitu Kedah Darul Aman. Disertai oleh 20 peserta muslimin dan melibatkan sebanyak 2 buah kereta rasmi dan 2 buah tidak rasmi yang mana jumlahnya ialah 4 buah. Program ini dirangka bagi mendidik ahli2 remaja supaya sentiasa bermihasabah diri serta mengambil iktibar keatas kisah2 serta pengalaman yang dilalui selama 2 hari 1 malam tersebut. Pada kali ini, Damai Park Resort, Merbok telah menjadi destinasi pilihan remaja untuk berhenti berehat. Antara tempat2 lawatan ialah KUIN, Tg Dawai, Sg Petani, Lembah Bujang, Kulim, dan beberapa tempat menarik lagi. Insyaallah pada tahun hadapan akan ke Negeri Pantai Timur pula dengan anggaran peserta sebanyak 35 orang yang melibatkan 5 buah kenderaan rasmi termasuk muslimat. Papepon, tgk gambar dah la ek... Wallahualam
Tuesday, January 24, 2012
Karnival Hijrah Harmoni 1433
Pada 23 - 24 Disember yang lepas telah berlangsung satu program yang dinamakan Karnival Hijrah Harmoni 1433 bertempat di Astaka Majlis Daerah Selama. Pelbagai acara menarik telah berlansung diserikan lagi dengan acara seperti konsert, paintball, flyingfox, pertandingan memasak, sukaneka, mewarna dan pameran serta jualan daripada agensi kerajaan serta swasta. Program ini adalah anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Selama dan mendapat kerjasama yang erat serta jitu daripada Persatuan Remaja At-Taqwa serta NGO2 lain dan Masjid2 & Surau2 sekitar Bandar Selama. Malas nak ulas.. tengok gambar dah la..
Friday, November 11, 2011
Pengumuman Terkini
Assalamualaikum wr wb
Sukacita dimaklumkan bahawa Admin bagi blog ini secara rasminya akan bertukar kepada seseorang yang lain mulai 1 Disember 2011. Proses ini adalah proses biasa.
Dikesempatan ini, admin (sekarang) memohon ampun & maaf andai sepanjang blog ini ditubuhkan terdapat sebarang masalah yang timbul & kurang disenangi oleh para pelawat sekalian. Mohon maaf juga kerana blog ini tidak diupdate daripada semasa ke semasa... Apa yang terbaik itu adalah daripada Allah & yang lemah itu adalah kealpaan admin sendiri. wallahualam
HAZWAN MUNIR BIN ABU HUSIN
Admin (sekarang)
Sukacita dimaklumkan bahawa Admin bagi blog ini secara rasminya akan bertukar kepada seseorang yang lain mulai 1 Disember 2011. Proses ini adalah proses biasa.
Dikesempatan ini, admin (sekarang) memohon ampun & maaf andai sepanjang blog ini ditubuhkan terdapat sebarang masalah yang timbul & kurang disenangi oleh para pelawat sekalian. Mohon maaf juga kerana blog ini tidak diupdate daripada semasa ke semasa... Apa yang terbaik itu adalah daripada Allah & yang lemah itu adalah kealpaan admin sendiri. wallahualam
HAZWAN MUNIR BIN ABU HUSIN
Admin (sekarang)
Saturday, September 3, 2011
PROGRAM AMAL CUCI KERETA & MOTOR
Ramadhan bulan rahmat & bulan yang penuh barakah.. Didalamnya terdapat pelbagai keistimewaan, Ramadhan juga dikenali sebagai bulan murah rezeki.. Alhamdulillah.. segala puja & puji kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinannya remaja telah berjaya menganjurkan satu program amal bagi mengumpul dana untuk program2 yang akan datang. Melalui program amal ini, sebanyak RM 525.00 telah berjaya dikumpulkan. Terima kasih buat semua yang terlibat, khususnya AJK Surau At-Taqwa yang memberikan sokongan penuh bagi menjalankan program ini dan tidak lupa buat semua petugas dan juga para dermawan sekalian. Program telah berlansung selama 2 hari iaitu pada 27-28 Ogos 2011 bertempat di Surau At-Taqwa, Taman Merdeka Selama.. Semoga dengan berjayanya program ini dapat membuahkan satu hasil yang mampu menjana kecemerlangan dimasa hadapan.. tengok la gambar2 yang telah disediakan.. hehe wallahualam..
Thursday, July 7, 2011
Outdoor Camp 2010
Wednesday, July 6, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

