Saturday, May 22, 2010

Laporan Kem Nuqaba' 2010


( Bergambar kenang-kenangan)


( Burung Hantu - Haha.. kena teruk bebudak tu )


( Chekpoint Explorace - Pulun.. )


( Kanak-kanak riang )


( LDK - Pembentangan )


( LDK - Main conteng-conteng )


(Kawasan Perkhemahan - Depan surau je..)

Assalamualaikum Wr Wb
Alhamdulillah, hari ni sy diberi kesempatan utk meng'upload' gambar dan menyiapkan laporan Kem Nuqaba' 2010.. Beribu kemaafan dipohon diatas ketidaksempatan kami menedit blog ini keran beberapa masalah ... sila la baca ye...


Program dimulakan pada jam 2.30 ptg waktu Selama. Seramai 26 peserta dan 15 org urusetia telah melapor diri. Alhamdulillah, cuaca pada kedua-dua hari sangat baik dan menyebelahi kami. Program yang pada asalnya dijadualkan bermula pada jam 8.00 pagi telah ditangguhkan sehingga jam 2.30 ptg. Walau bagaimanapun, segala-galanya berjalan lancar. Pada hari pertama kem, Kem dimulakan dengan taklimat awal oleh Saudara Zulkhairi, dan seterusnya program diambil alih oleh Saudara Hazwan Munir bagi slot kepimpinan. Menu makan malam pada hari pertama itu ialah Ayam Masak Kicap pedas, Ikan Goreng, Sayur Campur kot... Malam tu, peserta tido pukul 4 pagi ( hehehe.. padan muka )
Seorang peserta dihantar ke Hospital Selama kerana sakit.. Tapi x serius, bagi ubat + cucuk sejemput, elok trus..
Malam tu, slot kuliah oleh A.F. ust Abu Salam Ariffin, Slot 2 oleh Cg Mashor Hashim, Penyediaan kertas kerja & sbgnya, slot 3-LDK, Slot 4- Burung Hantu.
Majlis penutup dirasmikan oleh, Tn Joshuade Reza Bin Mohd Zaini, Pegawai tadbir Agama Islam, Daerah Selama. Malas dah nk ulas, tgk gambar dah la..

Friday, March 12, 2010

Lawatan Ke Kelantan & Terengganu


( Depan Majis Beijing )


( Bergambar kenangan di Kota Darul Naim )


( Sidang bawah pokok - Taklimat awal mengenai Kota Darul Naim )


( Atas bas, ust ahmad paling depan.. )


( Stadium pun runtuh... Bala2.. )


( Solat Berjemaah dekat umah tumpangan )


( Sebahagian Mak Cik2 bergambar kenang-kenangan depan Masjid Rusila )


( Depan Masjid Terapung )

Pada penghujung bulan Februaru lepas, iaitu 26-28 Feb 2010, Remaja telah menganjurkan satu lawatan ke negeri pantai timur. Seramai 38 Orang peserta telah mengikuti lawatan tersebut.

Para peserta telah berlepas dari perkarangan Surau At-Taqwa pada jam 10.30 malam dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas dari Pulau Pinang.

Pada lawatan kali ini, beberapa tempat2 menarik telah kami lawati dan singgah. Antaranya adalah seperti di bawah:
1) Masjid Kg Pulau Melaka - Mendengar kuliah subuh drp YAB Menteri Besar kelantan.
2) Pasar Siti Khadijah - jalan2 beli2..
3) Perkarangan Hotel Ansar - Mendengar kuliah pagi jumaat
4) PCB - ambik angin laut.. best2..
5) Pasar Malam Wakaf Che Yeh - Tengok2 je...
6) Stadium Runtuh, Kuala Terengganu - ambik gambar
7) Masjid Terapung - singah2 je..
8) Kompleks Noralfa Batik - ana sempat mewarnakan kain batik tu..
9) Masjid Rusila - Solat Zohor, ambik gambar, usha2 rumah Tok Guru Hj Hadi
10)Kilang Batik & Tembaga - sj singah2 je...
11)Pantai Batu Buruk - Makan + Ambik gambar + mencari ketenangan jiwa.. huhu
12)Pasar Kedai Payang - Soping... huhuhu
13)Masjid Kristal - Tangkap gambar, & tengok la apa yang patut..
14)Losong - Beli kopok lekor
15)Kota Darul Naim - Taklimat & Lawatan sekitar oleh Urusetia Penerangan
16)JKR 10 - Makan Tengahari
17)Masjid Beijing - Solat zohor, ambik gamabar + mandi.. huhu
18) Rantau Panjang - soping.....
19)Bukit Bunga - Soping + Solat Maghrib....

Lawatan kali ni semua peserta rasa puas.. sebab banyak tempat dan masa lawatan yang panjang, so banyak masa untuk kelebek2 mana yang bekenan..

Dikesempatan ini, saya dan j/kuasa lawatan memohon maaf andai terdapat kekekurangan sepanjang tempoh lawatan ini berlansung. TQ buat ust wan, ust hazwan, ust adnan krn bnyk memberikan info2 dan sudi membawa kami melawat kompleks kota darul naim...

Kita jumpa lagi..

Tuesday, March 2, 2010

JAWATANKUASA BARU TAHUN 2010/2011

Assalamualikum Wr. Wb.

Syukur kpd Allah SWT kerana kita dapat sama-sama menghirup udara segar pada waktu dan ketika ini;selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW , para sahabat , keluarga dan muslimin muslimat sekalian...

Pada 16 Februari lepas, Jawatankuasa Persatuan Remaja At-Taqwa, Selama Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan buat kali yang ke-6 bertempat di Surau At-Taqwa. Dibawah ini adalah ahli-ahli baru yang telah diberikan amanah bagi menjalankan tugas mentadbir persatuan.

Di kesempatan ini juga, saya sebagai pengerusi memohon ampun dan maaf andai terdapat sebarang ketelanjuran, kekasaran, dan 'kekurang hajaran' kepada semua... TQ.

PENGERUSI : MUHAMMAD ZULKHAIRI BIN MASHOR
TIMB. PENGERUSI : MOHAMAD HAFIZUDIN BIN ISHAK
SETIAUSAHA : MUKHAMMAD NURRUDDIN BIN NAHRAWI
BENDAHARI : MUHAMMAD SHAFIQ BIN JOHARI
AJK : MUHAMMAD AZHARI BIN JOHARI
: MUHAMMAD THAQIF BIN JOHARI
: MUHAMMAD AKMAL FAIZ BIN SUHAIMI
: MUHAMMAD HARITH BIN CHE MAHADZIR

Sunday, January 10, 2010

Laporan Kem Pendidikan At-Taqwa Siri Ke-2


( Bergambar Kenang-kenangan untuk masa depan - Tapi kecik sangat gambarnya )


( Solat Berjamaah Sebelum pulang - Hang tengok apa haa?? )


( Sesi senaman pagi, main kepit2 - Baca Doa Wahdah )


( Haiyo, redah air bagi kuat kaki - Cari biskut mamee utk makan malam)


( Merangkak biawak - eleh, air x dalam pun,jangan terlangar buntut kawan dah.. hehe )


( Tengah khusyuk dengar ceramah ni - sapa sembang, kena tinju dengan bonzer )


( Suasana di meja pegawai pendaftaran - lawa x baju baru?? )

Alhamdulillah.. tahun ni remaja berjaya lagi menganjurkan kem pendidikan buat kali yang ke-2, pada tanggal 18-20 Disember 2009 lalu telah berlansung lah kem ini bertempat di Lata Air Putih, Serdang Kedah( Sori x buat iklan ). seramai 51 orang peserta telah melapor diri. Pada mula2nya risau sebab x ada orang nak join, last2 nah teramai pulak.. tapi-tapi, kami berjaya handle gak.. huhu.

Hm, hari jumaat tu sampai2 dekat tapak kem, hujan punya la lebat ( Risau Mak.. aww ) tapi nasib baik khemah utama dah siap didirikan pada pagi tu, so budak2 tu boleh la letak barang2 diorang dekat bawah khemah tu. Sebab dah kelangkabut dengan hujan, pastu air yang mengalir bawah khemah utama, maka para peserta telah dipindahkan ke bawah garaj mak cik kantin sebelah tu.. -Tq mak cik, bg pinjam garaj.

Tahun ni ada kelainan sket, para peserta kami angkut pakai bas yang disewa khas ( Bas Kilang jer ), so agak meriah la sket atas bas tu, sori buat adik2 urusetia yang x dpt nek bas..

Sambung balik, lepas tu khemah2 tu kami pindahkan ke tempat yang tinggi sket la, selesai satu masalah, lega lagi... baru la dapat ikot plan yang sebetol2nya.. Da siap tu, depa soh budak2 tu g makan plak, op2, ana tahan x bg g makan lg, soh depa pasang khemah tidor dlu, sebab dh nak malam ni, nanti tido bawah e.m.b.u.n...- lupa bawak gebor..

Malam tu peserta sorang pon x mandi, kem komandan (KK) x bagi-kedekut punya KK. tapi ana mandi jugak, otai la katakan, haha musti budak2 tu jeles.. - Mandi Kolam wei

Sampai malam, aktiviti berjalan lancar. Malam tu ana n the gang tido bawah khemah utama, sejuk giler.. sek bek tido dekat tengah, panas sket!! - tido pkul 2 pagi, sembg cerita antu..

Bangun awal, ana yang kejutkan budak2( Tapi ari kedua budak2 yang kejutkan ana haha..) Soh depa g siap2 nk solat, pastu tgu la penceramah, punya duk tunggu x sampai2 last2 dpt call kata dia x dpt datang, hampeh.. g taw la awl2, nasib baik ada sper sorang ustaz dlm kem, dia la bagi kuliah pagi tu.. - Tq ,ust Amsyar.

Hari kedua, pagi tu g joging dlu, sarapan, pastu brainwash budak2 tu, haha.. 2 slot ceramah sampai zohor. lepas zohor g kembara, best woo...

Kembara?? hm, banyak perkara menarik.. Trek tahun ni pendek je + Hujan g, tapi sangat-sangat-sangat mencabar. kena lintas sarang pacat, kebun getah, merangkak biawak komando @ komodo. hm, ana hampir masuk hospital, ada urusetia jatuh dari atas ana, n dia tolak ana n lagi 1 inci batang kayu nak cocok ponggong ana - selamat. hehe

Habes kembara semua peserta kena brainwash dengan abg ayie, kesian2 - kena toucher memanjang..

Malam tu gempar, ada penceroboh!!! ligan punya ligan x dapat, terus pergi repot polis yang datang wat rondaan, polis pon stay kat situ sampai pagi.. - sayang abg polis.. huhu.

Lewat malam, apa lagi, muhasabah diri la, haha, urusetia yang ramai nangis, peserta ramai gak.. sorang peserta lelaki tu ana kena teman dia, sebab terlampau menghayati program tu, bagus adik Fakhrullah...

Perasmian penutup dijalankan oleh Y.Bhg A.F. Ust Tarmizi Bin Sahari, Peg. Tadbir Agama Islam Daerah Selama, Perak. - Org kuat persatuan nih..

Hm, program2 seterusnya x da apa yang menarik pon, biasa je.. selamat maju jaya..

Makluman, tahun depan cadang nak buat awal sket, mungkin bulan 10. Dan kita mungkin buat lama sket 4 hari or 5 hari ka, tengok bajet yang dapat la.. huhu bye2.. wallahualam..

p/s : sapa2 yang nak gmbr kem ni bleh msj ana dekat : bbq_mt@yahoo.com.my
jangan lupa perkenal kan diri, yg x berkenaan pon bleh mintak gak..

Monday, September 7, 2009

Geng Tadarus Al-Quran Ramadhan Tahun 2009









Masing-masing tengah sibuk sekarang ni.. al-maklum lah nak periksa, so saya pun malas nak tulis dah. tengok gambar dah la ye?? tq.

Sunday, June 7, 2009

LAPORAN : MAJLIS SUAI KENAL BERSAMA AHLI BARU

Assalamualaikum.. Wr Wb
Hm.. cuti sekolah sudah tiba ke pertengahannya, cuti tahun ini pihak ajk sibuk sedikit, maklumlah masing2 ada yang nak ambil SPM dan ada yang duduk jauh, jadi perancangan susah sikit untuk dibuat. Tapi Alhamdulillah, baru2 ini persatuan telah berjaya menganjurkan satu majlis silaturahim yang mana objektifnya adalah untuk mengalu2kan kedatangan ahli2 persatuan yang baru. Untuk pengatahuan semua, baru2 ini juga kelab kompang surau at-taqwa telah menambah bilangan kompangnya sebanyak 12 buah, walau bagaimanapun ianya masih belum mencukupi. Kami berhasrat untuk menempah baju baru bagi kelab kompang ini, justeru itu, sumbangan tuan/puan amatlah dialu2kan. Di bawah dicatatkan sedikit tentatif dan ulasan program :



Majlis bermula jam 6.00 petang dengan ajk dan para ahli persatuan mengambil tempat. Pada tahun ini, majlis diadakan di Kediaman Tn. Hj. Johari bin Mt Desa yang terletak di kawasan permai 2. Alhamdulillah, tuan rumah ,memberikan sepenuh kerjasama terhadap program ini. Menu pada malam itu ialah Satay,nasik goreng special, kuih2, bihun goreng dan satu dua makanan lagi yang disumbangkan oleh ibu bapa peserta.


( PESERTA DIBERI TAKLIMAT AWAL OLEH AJK REMAJA )

Pada jam 7.30 malam, semua yang hadir telah sama2 solat berjamaah maghrib yang diimamkan oleh Saudara Muhammad Azhari. Kemudian, para peserta sama2 mengikuti usrah yang disampaikan oleh Saudara Hazwan Munir bin Abu Husin dan Saudara Muhammad Zulkhairi b Mashor. Selepas itu, para peserta telah sama2 solat isyak berjamaah yang diimamkan oleh Tn.Hj. Johari sendiri. Pada jam 9 malam, tetamu2 VIP telah tiba dan mereka telah mengambil tempat masing2 sementara menunggu para perserta selesai solat isyak.


( SEWAKTU USRAH SEDANG DIJALANKAN )

Sementara itu, para ajk telah sama2 berganding tangan untuk membakar satay yang telah disediakan sejak awal pagi lagi.


( SUASANA DI DAPUR/TEMPAT MEMBAKAR SATAY )


( BAKAR-BAKAR )

Seterusnya, sedikit doa selamat telah dibacakan oleh En. Nahrawi bin Jahid dan para peserta kemudiannya menjamu selera.


( DOA CEPAT KAWEN )


( JAMUAN UNTUK PAKCIK2 )


( ADIK-ADIK YANG HADIR )


( MAKCIK-MAKCIK YANG BANYAK MEMBANTU )


( MAJLIS BERSURAI... )

Para peserta kemudiannya diminta untuk memperkenalkan diri masing2 dan diikuti oleh para AJK. Majlis bersurai pada jam 11.00 malam dalam keadaan aman, Sekian.

Sunday, April 12, 2009

Laporan : Kem Adikku Sayang (yg terbaru)




( PESERTA BERGAMBAR BERSAMA URUS SETIA )



( PENGACARA MAJLIS PENUTUP - ABG WAWAN )



( ACARA PENYEMPAIAN SIJIL KEPADA WAKIL KUMPULAN )



( ABG - ABG FASILITATOR )



( PENGURUS PENGINAPAN - ABG SHAFIQ TENGAH 'PERATI' PESERTA PASANG KHEMAH )



( PESERTA TENGAH PASANG KHEMAH )



( ADIK PEREMPUAN TENGAH BELAJAR CARA PASANG KHEMAH )



( KUMPULAN ADIK LELAKI TENGAH DENGAR & LIHAT CARA PASANG KHEMAH OLEH ABG AYIE )



( RIADAH PETANG, DIKENDALIKAN OLEH ABG AYIE )



( KAKAK-KAKAK FASILITATOR TENGAH SIBUK DENGAN KERJA DEPA )



( BARU SAMPAI DAH KENA 'TOUCHER' DENGAN ABG AYIE )



( PENDAFTARAN PESERTA - KAKAK-KAKAK FASILITATOR TENGAH BAHAGI KUMPULAN )






Syukur alhamdulillah, sekian lama blog ni tak sempat nak update, ari ni berjaya jgak di"update"kan.. sila kan baca ulasan yang membosankan ni..
Kem adikku Sayang dijalankan selama 2 hari 1 malam. Kem ni boleh dikatakan sebagai terkejut-terkejut kerana kami(AJK) rancang nak buat benda ni dalam tempoh seminggu. Ditambah pula dengan saya yang tak dapat cuti, tapi Alhamdulillah kawan2 banyak membantu. Special thanks to adik : ayie,azhari,udin,emi, ain,hanan,nurul,ilyani,shafiq dan adik2 yang lain. Tak lupa juga buat Hj Razlan & Tn. PTA yang banyak membantu, buat pak cik Halim, Pak Lang Mat Aji Katering & keluarga serta semua pihak yang terlibat secara langsung & tak langsung didalam kejayaan kem ni.

Laporan penuh :
Peserta kem adalah seramai 29 orang yang berumur dari 9 tahun hingga 13 tahun. Walaupun boring yang dikeluarkan adalah sebanyak 40 keping, tapi Alhamdulillah, dapat 29 orang pun dah kira ok la… Pendaftaran bermula pada jam 3.00 petang, waktu jugak la nak buat kad nama, nak buat macam2.. nasib baik ramai yang sudi membantu. Kewangan kem semua daripada wang pendaftaran peserta sebanyak RM 5.00, lega jugaklah sebab ada 2-3 orang yang sponsor.
Dah selesai pendaftaran, semua peserta diberi taklimat perjalanan kem oleh ajk2 yang terlibat, mereka kemudiannya terus ke padang depan surau untuk menaikkan khemah yang kita pinjam daripada Pejabat Agama Selama. Cuaca menyebelahi kita pada petang tu. Taklimat pemasangan khemah diberikan oleh adik shafiq(Pengakap DiRaja)., dibantu oleh adik ayie(kadet Polis). Selepas taklimat, semua peserta diberi kelonggaran untuk memilih kawan khemah masing2, ada satu khemah 2 orang, ada yang 3 orang. Lepas tu, para peserta pun menaikkan khemah masing2 sambil dibantu oleh abang2 & kakak2 urus setia.
Dah siap tempat nak “lena”, peserta & urus setia pun bersama2 menunaikan solat Fardhu Asar, elok2 masuk waktu. Selepas itu, mereka diberikan sedikit “ Brainstorming” oleh abang ayie dan juga abang2 yang lain. ( Main game )
Dah penat2, semua peserta kita suruh makan. Lauk petang tu ialah : Nasi+Ayam Masak Merah+Sayur Campur , yang disediakan khas oleh Pak Lang Mat Aji Katering & Keluarga.
Lepas tu, semua pergi mandi dekat belakang, urus setia ada sediakan kolah & juga cebok. Yang perompuan mandi dekat dalam toilet wanita.
Kemudian, peserta mengalunkan zikir munajat yang dibimbing oleh Adik Nabil ( AJK Ibadah & Pendidikan). Lepas tu solat+Kuliah+Solat Isyak+USRAH.
Malam tu peserta lena pukul 11.30 malam. Tapi ada yang pukul 3 pagi tak lena2 lagi sampai kena denda dengan urus setia. Depa bangu pukul 4 pagi, siap2 buat Qiamullail sikit yang dibimbing oleh Adik Azhari dan terus sambung solat subuh berjamaah+kuliah oleh Ust. Ahmad Che Pin.
Pagi tu hujan, khemah ada yang tak tutup, So banjir la.. Khemah aku pun banjir gak. Hahaha… padan muka. Dah hujan tak boleh la nak pegi jogging, so kita bagi budak2 tu jogging dekat balai lintang je. Sampai kul 8.30 pagi.
Sarapan pagi tu ditaja oleh Cg. Mashor, menunya nasi lemak+kuih & air teh. Dah makan, depa wat aktiviti apa tah, tak ingat aku sebab dah lama sangat. Hahaha…

Penutup dijalankan oleh En Ismail(Tok Mail) selaku Timbalan Pengerusi Surau At-Taqwa pada jam 11.30 pagi, selepas budak2 tu kemas kawasan kemah depa.
Lepas budak2 tu balik, kami (urus setia) cepat2 berambus, sebab nak pegi makan kenduri.. 2 kenduri kami pegi. Huhu.
Tu lah saja yang dapat diulas, ampun dan maaf andai terdapat kekurangan sepanjang ulasan & kem dijalankan. Sekian, wassalam..