Sunday, April 12, 2009

Laporan : Kem Adikku Sayang (yg terbaru)




( PESERTA BERGAMBAR BERSAMA URUS SETIA )



( PENGACARA MAJLIS PENUTUP - ABG WAWAN )



( ACARA PENYEMPAIAN SIJIL KEPADA WAKIL KUMPULAN )



( ABG - ABG FASILITATOR )



( PENGURUS PENGINAPAN - ABG SHAFIQ TENGAH 'PERATI' PESERTA PASANG KHEMAH )



( PESERTA TENGAH PASANG KHEMAH )



( ADIK PEREMPUAN TENGAH BELAJAR CARA PASANG KHEMAH )



( KUMPULAN ADIK LELAKI TENGAH DENGAR & LIHAT CARA PASANG KHEMAH OLEH ABG AYIE )



( RIADAH PETANG, DIKENDALIKAN OLEH ABG AYIE )



( KAKAK-KAKAK FASILITATOR TENGAH SIBUK DENGAN KERJA DEPA )



( BARU SAMPAI DAH KENA 'TOUCHER' DENGAN ABG AYIE )



( PENDAFTARAN PESERTA - KAKAK-KAKAK FASILITATOR TENGAH BAHAGI KUMPULAN )






Syukur alhamdulillah, sekian lama blog ni tak sempat nak update, ari ni berjaya jgak di"update"kan.. sila kan baca ulasan yang membosankan ni..
Kem adikku Sayang dijalankan selama 2 hari 1 malam. Kem ni boleh dikatakan sebagai terkejut-terkejut kerana kami(AJK) rancang nak buat benda ni dalam tempoh seminggu. Ditambah pula dengan saya yang tak dapat cuti, tapi Alhamdulillah kawan2 banyak membantu. Special thanks to adik : ayie,azhari,udin,emi, ain,hanan,nurul,ilyani,shafiq dan adik2 yang lain. Tak lupa juga buat Hj Razlan & Tn. PTA yang banyak membantu, buat pak cik Halim, Pak Lang Mat Aji Katering & keluarga serta semua pihak yang terlibat secara langsung & tak langsung didalam kejayaan kem ni.

Laporan penuh :
Peserta kem adalah seramai 29 orang yang berumur dari 9 tahun hingga 13 tahun. Walaupun boring yang dikeluarkan adalah sebanyak 40 keping, tapi Alhamdulillah, dapat 29 orang pun dah kira ok la… Pendaftaran bermula pada jam 3.00 petang, waktu jugak la nak buat kad nama, nak buat macam2.. nasib baik ramai yang sudi membantu. Kewangan kem semua daripada wang pendaftaran peserta sebanyak RM 5.00, lega jugaklah sebab ada 2-3 orang yang sponsor.
Dah selesai pendaftaran, semua peserta diberi taklimat perjalanan kem oleh ajk2 yang terlibat, mereka kemudiannya terus ke padang depan surau untuk menaikkan khemah yang kita pinjam daripada Pejabat Agama Selama. Cuaca menyebelahi kita pada petang tu. Taklimat pemasangan khemah diberikan oleh adik shafiq(Pengakap DiRaja)., dibantu oleh adik ayie(kadet Polis). Selepas taklimat, semua peserta diberi kelonggaran untuk memilih kawan khemah masing2, ada satu khemah 2 orang, ada yang 3 orang. Lepas tu, para peserta pun menaikkan khemah masing2 sambil dibantu oleh abang2 & kakak2 urus setia.
Dah siap tempat nak “lena”, peserta & urus setia pun bersama2 menunaikan solat Fardhu Asar, elok2 masuk waktu. Selepas itu, mereka diberikan sedikit “ Brainstorming” oleh abang ayie dan juga abang2 yang lain. ( Main game )
Dah penat2, semua peserta kita suruh makan. Lauk petang tu ialah : Nasi+Ayam Masak Merah+Sayur Campur , yang disediakan khas oleh Pak Lang Mat Aji Katering & Keluarga.
Lepas tu, semua pergi mandi dekat belakang, urus setia ada sediakan kolah & juga cebok. Yang perompuan mandi dekat dalam toilet wanita.
Kemudian, peserta mengalunkan zikir munajat yang dibimbing oleh Adik Nabil ( AJK Ibadah & Pendidikan). Lepas tu solat+Kuliah+Solat Isyak+USRAH.
Malam tu peserta lena pukul 11.30 malam. Tapi ada yang pukul 3 pagi tak lena2 lagi sampai kena denda dengan urus setia. Depa bangu pukul 4 pagi, siap2 buat Qiamullail sikit yang dibimbing oleh Adik Azhari dan terus sambung solat subuh berjamaah+kuliah oleh Ust. Ahmad Che Pin.
Pagi tu hujan, khemah ada yang tak tutup, So banjir la.. Khemah aku pun banjir gak. Hahaha… padan muka. Dah hujan tak boleh la nak pegi jogging, so kita bagi budak2 tu jogging dekat balai lintang je. Sampai kul 8.30 pagi.
Sarapan pagi tu ditaja oleh Cg. Mashor, menunya nasi lemak+kuih & air teh. Dah makan, depa wat aktiviti apa tah, tak ingat aku sebab dah lama sangat. Hahaha…

Penutup dijalankan oleh En Ismail(Tok Mail) selaku Timbalan Pengerusi Surau At-Taqwa pada jam 11.30 pagi, selepas budak2 tu kemas kawasan kemah depa.
Lepas budak2 tu balik, kami (urus setia) cepat2 berambus, sebab nak pegi makan kenduri.. 2 kenduri kami pegi. Huhu.
Tu lah saja yang dapat diulas, ampun dan maaf andai terdapat kekurangan sepanjang ulasan & kem dijalankan. Sekian, wassalam..

3 comments:

JAMILKUCING said...

Alhamdullilah abg jamil berbangga sungguh. insyaallah abg jamil ingin melawat anda semua adik-adik selama.mungkin sebelum abg jamil ke las vages untuk OPRAH WINFREY SHOW . ingat nak balik selama.ingat nak rehat di selama selama seminggu.nak alwat cikgu-cikgi.ustaz,.kawan.semua.budak yang macam cina tu macam pernah tengok. mungkin ada kena mengena.tapi tak tau anak siapa.

JAMILKUCING said...

Ok abg jamil dah paparkan cerita tentang selama. ko tengok map tu.itulah selama dulu.kedudukan yg sebenarnya. silalah bertandang.

Anonymous said...

aku tau hangpa gi tibai nasi umah Yusaini ngan kat dewan Junaidi kawin..hahahahahahaha....next time ajak geng Kapot join..leh depa ajar mancing..hahahahahahha