Thursday, December 18, 2008

Laporan Kem Pendidikan At-Taqwa


( Bergambar kenangan bersama sebahagian yang hadir )


( Kawasan Perkhemahan )

< Alhamdulillah.. Segala puji dan puja hanya layak bagi Allah, Tuhan yang memiliki & mengawal segala yang dibumi dan dilangit, tiada tuhan yang layak disembah melainkan enkau.

Buat pertama kalinya Persatuan Remaja At-Taqwa( PRAT) berjaya menganjurkan aktiviti diluar kawasan khariah Surau At-Taqwa.



Setinggi2 tahniah & terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung & tidak langsung didalam menjayakan program ini, samada peserta dan fasilitator ataupun orang lain yang banyak membantu.



Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada 23 lelaki dan 9 perempuan telah mendaftar sebagai peserta, Alhamdulillah semuanya telah berjaya menamatkan program ini dengan jayanya,tanpa sebarang masalah.



Antara aktiviti didalam kem ini :




  1. Kuliah subuh & Maghrib

  2. Ceramah

  3. Kembara

  4. Flying Fox

  5. Riadah

  6. LDK

  7. lain2 lagi

Daripada komen yang diterima, masing2 menyatakan keseronokan mereka sepanjang berada didalam kem ini, daripada segi makanan, penginapan semuanya berpuas hati. Ada 2 perkara yang tidak disenangi oleh para peserta, iaitu Tandas dan juga waktu mandi yang terlampau singkat ( nak lama2 pi sendiri ).


Ringkasan aktiviti :



Peserta mendaftar pada jam 3.oo ptg dan dibahagikan mengikut kumpulan. Seterusnya mereka telah diberi kebebasan untuk memilih teman khemah masing2 dan memasangnya sendiri. Pada malamnya, masing2 sukar untuk melelapkan mata, ada yang bercerita, ada yang mengacau, ada yang buat hal masing2, sampaikan para fasilitator menjadi geram. ( Sabor je la )


Hari kedua, masing2 masih didalam mood ceria. Pagi ini mereka mendengar ceramah daripada A.F. Ust. Ahmad Muzzammil daripada JAIPk ( Ketua Penolong pengarah Bhg. Pengurusan Masjid ), sesi seterusnya mereka mengadakan aktiviti LDK, disini peserta di tanya dan disuruh bercerita mengenai diri masing2, seronok juga tengok depa..


Petang hari ke-2, Kami nak pergi kembara. Tepat jam 2.30, peserta dibawa ke checkpoint pertama, Flying Fox. tali2 ngan peralatan flying fox kami pinjam daripada .........( rahsia ) hehehe.. Waktu ni ada yang tanya saya : " Abg, Kalau tak naik ni berdosa tak ?? " em, naik kelat2 muka saya nak menjawabnya. hahaha.. macam2.



( haha.. Orang kuat kem tengah mencuba )

Ada juga yang tak berani naik langsung, ( PONDAN ). Peserta perempuan semua berjaya naik, walaupun ada seorang tu menangis.. hahaha, jenuh aku nak pujuk.


Dah habis peserta, saya pun cuba test, bestnya.. Rasa nak ulang 2-3 kali lagi. ( pengalaman pertama ku ).


Pas tu, kami masuk hutan, adoi, naik bukit turun bukit, Cerun 45 darjah. naik longgar lutut.




( Tengah turun bukit... Nasib baik tak tergelincir )

Dalam hutan peserta disuruh masak roti lilit dengan ubi kentang bakar, ada yang hangus, ada yang lawa, ada yang tak boleh makan terus.. Best bebenor.



( Kak Fiza tengah menguli tepung - Jangan sakit perut sudah.. )

Turun bukit, lalu dekat lubuk ( tempat babi berkubang ). heee.. naik geli aku. dah tak ada jalan lain ke?? uwek.. nasib baik tak termuntah.



( Turun bukit lagi - Di kawasan kubu Abg BA** )


(Carik Masjid.. Jauh lagi nih )

Dah keluar ke jalan besar, kami terus ke Masjid Ulu Mengkuang, lebih kurang 3-4 kilometer jugak la. Yang bestnya, ada sorang budak kampung tu lalu, mintak tumpang tak bagi, tapi ada kakak fasi mintak tumpang terus dia turun basikal suruh kakak tu bawak.. ( nak kena sekeh budak tu .... )


Hm.. Inilah pengalaman kami, dari masjid, tak larat nak jalan dah, kami naik van.. hahaha... Budak2 lelaki suma kata tak adil, kesah apa aku.. hahaha..



( fasi2 yang kepenatan nak berjalan kaki )

Em, malam hari ke-2 hujan turun sekejap, habis basah dewan utama, semua sujud atas air la.. ponggong pun lencun....aw.. Menu malam ke-2 : satay, ayam bakar, daging bakar, nasi, sup tulang, sayur, air asam, dengan lemang.. Fuh, banyak sungguh.


Hari ketiga, cuaca ok. Semua dah tak sabar nak jumpa keluarga, perasmian penutup oleh A.F. Tn. Tarmizi Bin Sahari, Peg. Tadbir Agama Islam daerah Selama.


Majlis bersurai jam 12.00 tgh dengan masing2 bawa balik nasik lemak sorang sebungkus.


Terima kasih buat semua yang terlibat, jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.


Terimalah sedikit gambar kenang2an disana.


Special thanks to Ayie, Azhari, Udin, Pie, Emi, Ina, Pah, Jo, Shafiq R , Shafiq Johari, Duan, Wan, Amin, Hani, Fiza, dan lain2 yang banyak membantu..



( Sebahagian Fasilitator )

Kalau ada rezeki kita jumpa lagi di Kem Pendidikan At-Taqwa Siri Ke-2 di Sg. Jernih, Ijok, Perak.


Wassalam...




1 comment: