Monday, June 27, 2011

Pengumuman









KURSUS KEPIMPINAN & PENGURUSAN ORGANISASI

Tarikh : 12 - 14 Ogos 2011

Tempat: Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) depan PUO

Bayaran : RM 10.00 Seorang

Had Umur : 18 tahun keatas (lelaki & perempuan)



Bayaran merangkumi :


  1. Perjalanan (BAS)

  2. Makan (Berbuka puasa, sahur, Supper)

  3. Nota ceramah

  4. alat tulis

  5. penginapan (1 bilik 4 orang. air cond)

  6. yuran penceramah

  7. sewa-menyewa

  8. aktiviti

  9. dan lain-lain

Tempat adalah terhad, terbuka kepada semua yang berminat. Sila hubungi 019-5654832, Hazwan Munir untuk pertanyaan & pendaftaran online.


p/s - Bas akan bertolak daripada Pejabat Agama Islam Daerah Selama jam 2.30 ptg (12/8/2011).


Program anjuran :


PERSATUAN REMAJA AT-TAQWA, SELAMA PERAK


DENGAN KERJASAMA


PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SELAMA PERAK


INSTITUT TADBIRAN ISLAM PERAK (INTIM)

Sunday, May 29, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Remaja At-Taqwa Kali Ke-5 (Bhg. 1)

Kotak Undi



SPR-Suruhanjaya Pemilihan Remaja



Perasmian oleh Pengerusi Surau



Mok cik pon ada



Tetamu yang hadir





Assalamualaikum...





Pada 28 Jun 2011 lepas, Remaja Taqwa telah mengadakan muktamar tahunan @ mesyuarat agung tahunan kali ke-5. Alhamdulillah seramai 60 perwakilan telah hadir pada muktamar tersebut, antaranya ialah Group Remaja An-Nur, GPGK, Ahli2 remaja taqwa & AJK tertinggi Surau At-Taqwa, Taman Merdeka.


Mesyuarat dimulakan pada jam 9.30 pm dan berakhir jam 12.30 am(29.5.11)-2 hari tuhh..


Mesyuarat agung tersebut telah dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi persatuan diikuti pengerusi surau. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Surau At-Taqwa, kemudiannya beliau telah memalu gong sebanyak 5 kali sebagai simbolik perasmian dan sebagai tanda 5 tahun remaja taqwa. tengok gambar dah le yer... Senarai AJK akan diupload kemudian.


Sekian.. TQ

Monday, May 16, 2011

MITa 2 - Malam Inspirasi Taqwa 2





Mita datang lagi..


Tarikh : 4-5 Jun 2011

Tempat: Surau Kg Medan, Selama Perak

Masa berkumpul : 1.00 petang (4.5.2011)


Tentatif ringkas:

4.5.2011

1.00 pm - Berkumpul

1.30 pm - Solat zohor berjamaah

2.00 pm - Taklimat perjalanan/keselamatan

2.15 pm - bertolak ke tapak program (konvoi berbasikal)

2.45 pm - dijangka tiba

......


5.5.2011

9.15 am - majlis perasmian penutup

9.45 am - bertolak pulang

10.15 am - dijangka tiba


Nota:



  1. Sesiapa yang berminat hendak menyertai konvoi sila berhubung dengan Saudara Muhammad Harith Bin Che Mahadzir


  2. Bayaran Konvoi Rm 1.00 . Bayaran program tiada.


  3. Sila bawa makan tambahan sendiri. Hanya makan malam dan sarapan pagi disediakan,


  4. Lelaki dan perempuan.


  5. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Saudara Muhammad Shafie Bin Abu Kasim, Penyelaras MITa 2 ditalian 017-4203590

Program Terkini Mei 2011


Tarikh : 28 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat: Surau At-Taqwa, Taman Merdeka

Para perwakilan, ahli-ahli & semua peminat/fan Remaja dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.
Sesiapa yang nak mengundi sila mendaftar bermula selepas asar sehingga malam tersebut.

Sekian.

Pengerusi
Suruhanjaya Pemilihan Remaja(SPR)
Persatuan Remaja At-Taqwa, Selama Perak

p/s:


  1. cara pengundian kali ini ialah melalui cara pangkah kertas undi

  2. senarai nama calon yang layak untuk mengundi akan dipamerkan di papan kenyataan utama surau At-Taqwa mulai 20.5.2011.

Friday, February 4, 2011

Bukit Larut 2011

(Jejak Spora.....)
(Senaman Si Tommy)
(Doa Ringan-ringan)
(Kesian... Hehehe)
(muka tensen jer...huhu)

(Baru sampai...)

(Jambatan goyang-goyang)

(Bergambar kenang-kenangan)

Tanggal 31 Januari 2011, telah tercipta sejarah dunia... Seramai 10 orang ahli-ahli tidak bersekutu Remaja telah buat-buat rajin dengan mendaki bukit Larut di taiping. Pendakian bermula jam 9 pagi dengan senaman ringan dan doa ringan-ringan. Konvoi telah tiba dipuncak pada jam 12 tgh. Tiada apa yang dilakukan dipuncak bukit, hanya sekadar minum teh 'o' ais yang berharga RM2.50 secawan dan bergambar. Konvoi tiba di kaki bukit jam 4.30 ptg. Selepas itu kami pergi mandi di Burmese pool dan membuat aktiviti rahsia...(hehehe)

tgk gambar je la..

Sukarelawan Banjir Di Utara 2010

(Gambar kenang-kenangan)

(Makan dulu sebelum kerja)
(eksen je lebih)

(lori +Makhluk sampah... huhuhu)

(selesai disekolah...moh kite)

(hampir selesai mencuci-cuci)
(Cuci kaki aku.. kata en ibrahim)
(kasi cuci la deyy)

(Macam iklan nestle koko crunch)
(Dengan Group HALUAN Utara)

Assalamaualaikum..

malam ni ana berkesempatan nak update blog ni sikit.. ni pun menumpang dekat rumah jiran.. huhuhu
Topik pertama nak diceritakan ialah pada tahun 2010 lepas, musibah banjir telah melanda saudara-saudari kita nun di utara.. Alhamdulillah dengan berkat dan bantuan daripada Allah, Remaja telah sampai ke sana bagi membantu saudara-saudari kita yang telah ditimpa musibah tersebut. Banyak pengalaman dan iktibar yang dapat kami perolehi sepanjang 1 hari disana. Mudah2an segala amalan san usaha kami diberkati oleh Yang Maha Esa.

Seramai 10 orang wakil daripada Remaja telah turun membantu, kami telah diberikan amanah untuk mencuci-cuci sekolah dan rumah pok cik-mok cik yang terjejas.. macam biasa gambare tengok aje yee... huhuhu

wallahualam

Thursday, December 2, 2010

Hari Raya Korban 2010

(Kenangan Pagi Raya)


(Khutbah Oleh Ust Ahmad)






(Kaunter Pengagihan daging)


(Dulu kerja kedai santan, sekarang kerja potong daging...)




(Geng Sukat & Timbang @ Geng Lembu 2 ~Gen2)




(Kanak-kanak rebena)


(alah ni semua lakonan jer, buat2 sibuk konon... huhuhu)


( Urusetia Pengagihan sedang sibuk menjalankan tugas beliau)


Gambar-gambar menarik sekitar
hari raya korban 2010... harap terhibur...