Pada hari sabtu last cuti aritu, Remaja Taqwa telah dijemput utk berlawan futsal dengan geng KORoK... Perlawanan berlansung di Gelanggang Futsal Kg Keda, Sg Tengas, Kedah.. Alhamdulillah pada malam tersebut, Remaja Taqwa telah berjaya mengalahkan team KORoK dengan mata 12-10. See U Lah KORoK....
Wednesday, July 6, 2011
Game Futsal - Remaja Taqwa VS Geng KORoK
Sambungan Pemilihan Remaja
-keputusan boleh rujuk dibahagian bawah page ini
LAPORAN : KEM PENDIDIKAN AT-TAQWA SIRI 3
( praktikal mandi jenazah - model tu peserta.. huhu )
(praktikal kapan )
Assalamualaikum...
hari ni baru sempat nak wat laporan kem 3 yg taun lepas tuh.. haha selama ni sempit sket... sila baca... Ini pon tumpang wifi INTAN Sg Petani (sbb kursus kat sini)
Program mula hari Sabtu, tarikh da lupa.. hahaha
Para peserta diangkut menaiki bas yg j/kuasa sewa khas dr Sg Bayur. Para peserta diiringi oleh 3 orang ajk yg turut serta menaiki bas tersebut. Sebelum tuh... sebelum tuh peserta telah mendaftarkan diri masing2 di Surau At-Taqwa. Pegawai pendaftaran pagi tuh ialah Miss Nina & En Thaqif.
Sampai di tapak program, para peserta disambut oleh ajk2 yg telah siap sedia tiba 'sebelum subuh' dengan senyuman yang manis dan menawan hati... hahaha
Seterusnya, taklimat oleh Ketua kem, ketua disiplin dan beberapa ajk yg berkenaan.
Seterusnya, mereka telah dimotovasikan oleh Miss yana bersama adiknya En Najmuddin.
Malas da la nak tulis... baca ringkasan :
- Slot Bacaan Yasin beramai2
- Slot membuta sampai ke pagi..
- Slot pengurusan jenazah (teori & amali)
- slot motivasi oleh Ust Muhammad Taib dari INTIM Ipoh
- Slot Makan2..
- Slot Muhasabah diri oleh Ust Ezat Hambali
- Slot Kembara - sehari punya pogram
- Yang lain2 tu slot dalam etc. LDK, solat berjamaah, Gotong-royong, ziarah ke rumah tok2 pondok.
- dan lain2....
Sekian TQ.
Dicatat oleh : Akhi H.M.
Monday, June 27, 2011
Pengumuman



KURSUS KEPIMPINAN & PENGURUSAN ORGANISASI
Tarikh : 12 - 14 Ogos 2011
Tempat: Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) depan PUO
Bayaran : RM 10.00 Seorang
Had Umur : 18 tahun keatas (lelaki & perempuan)
Bayaran merangkumi :
- Perjalanan (BAS)
- Makan (Berbuka puasa, sahur, Supper)
- Nota ceramah
- alat tulis
- penginapan (1 bilik 4 orang. air cond)
- yuran penceramah
- sewa-menyewa
- aktiviti
- dan lain-lain
Tempat adalah terhad, terbuka kepada semua yang berminat. Sila hubungi 019-5654832, Hazwan Munir untuk pertanyaan & pendaftaran online.
p/s - Bas akan bertolak daripada Pejabat Agama Islam Daerah Selama jam 2.30 ptg (12/8/2011).
Program anjuran :
PERSATUAN REMAJA AT-TAQWA, SELAMA PERAK
DENGAN KERJASAMA
PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SELAMA PERAK
INSTITUT TADBIRAN ISLAM PERAK (INTIM)
Sunday, May 29, 2011
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Remaja At-Taqwa Kali Ke-5 (Bhg. 1)
Assalamualaikum...
Pada 28 Jun 2011 lepas, Remaja Taqwa telah mengadakan muktamar tahunan @ mesyuarat agung tahunan kali ke-5. Alhamdulillah seramai 60 perwakilan telah hadir pada muktamar tersebut, antaranya ialah Group Remaja An-Nur, GPGK, Ahli2 remaja taqwa & AJK tertinggi Surau At-Taqwa, Taman Merdeka.
Mesyuarat dimulakan pada jam 9.30 pm dan berakhir jam 12.30 am(29.5.11)-2 hari tuhh..
Mesyuarat agung tersebut telah dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi persatuan diikuti pengerusi surau. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Surau At-Taqwa, kemudiannya beliau telah memalu gong sebanyak 5 kali sebagai simbolik perasmian dan sebagai tanda 5 tahun remaja taqwa. tengok gambar dah le yer... Senarai AJK akan diupload kemudian.
Sekian.. TQ
Monday, May 16, 2011
MITa 2 - Malam Inspirasi Taqwa 2

Mita datang lagi..
Tarikh : 4-5 Jun 2011
Tempat: Surau Kg Medan, Selama Perak
Masa berkumpul : 1.00 petang (4.5.2011)
Tentatif ringkas:
4.5.2011
1.00 pm - Berkumpul
1.30 pm - Solat zohor berjamaah
2.00 pm - Taklimat perjalanan/keselamatan
2.15 pm - bertolak ke tapak program (konvoi berbasikal)
2.45 pm - dijangka tiba
......
5.5.2011
9.15 am - majlis perasmian penutup
9.45 am - bertolak pulang
10.15 am - dijangka tiba
Nota:
- Sesiapa yang berminat hendak menyertai konvoi sila berhubung dengan Saudara Muhammad Harith Bin Che Mahadzir
- Bayaran Konvoi Rm 1.00 . Bayaran program tiada.
- Sila bawa makan tambahan sendiri. Hanya makan malam dan sarapan pagi disediakan,
- Lelaki dan perempuan.
- Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Saudara Muhammad Shafie Bin Abu Kasim, Penyelaras MITa 2 ditalian 017-4203590
Program Terkini Mei 2011

Tarikh : 28 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat: Surau At-Taqwa, Taman Merdeka
Para perwakilan, ahli-ahli & semua peminat/fan Remaja dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.
Sesiapa yang nak mengundi sila mendaftar bermula selepas asar sehingga malam tersebut.
Sekian.
Pengerusi
Suruhanjaya Pemilihan Remaja(SPR)
Persatuan Remaja At-Taqwa, Selama Perak
p/s:
- cara pengundian kali ini ialah melalui cara pangkah kertas undi
- senarai nama calon yang layak untuk mengundi akan dipamerkan di papan kenyataan utama surau At-Taqwa mulai 20.5.2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)
