Wednesday, December 3, 2008

Laporan Aktiviti : Lawatan Ibadah Ke Cameron Highlands,Pahang.






Alhamdulillah.. PRAT buat kali yg ke-2 berjaya menganjurkan lawatan ibadah ke pusat peranginan terkenal, Cameron Highlands. Walaupun aktiviti dibuat secara tiba2 @ terkejut, tp ianya berjaya menarik penyertaan anak khariah Surau At-Taqwa sehinggakan terpaksa kami sbg ajk menolak nama mereka, maaf buat yg x dpt ikot.. huhuhu.


Aktiviti kali ini betul2 mengajar kami semua erti kesungguhan dan disiplin disamping erti persahabatan yg sebenar. Insiden2 yg terjadi membuatkan kami bersyukur atas rahmat yg dikurniakan oleh Allah S.W.T.


Pengalaman dan pemandangan yg kami dapat, merupakan suatu yg mustahil untuk dilupakan. Pemandangan yg begitu mengasyikkan membuatkan hati berasa tenang dan berasa bersyukur betapa indahnya ciptaan serta kekuasaan Allah.....




( Naik bas ni g cameron )


betapa kerdilnya kita...????!! satu persoalan yg mencengkam jiwa.
Hm, mula2 sampai, masing2 kesejukan dek kerana cuaca yg masih awal pg, semua cuba2 membuat macam dalam cerita inggeris, keluar asap daripada mulut.. hehehe.( penulis berjaya)


Kami dibawa melawat ladang teh, dan apalagi, juru2 kamera pun sedia untuk memetik butang kamera masing2..

















( Baru sampai - semua kesejukan )


kalU nk diceritakan disini, memang tk ckup ruang, cuma yg penting2 sj...


yang paling gembira ialah mak cik2 yg bershopping membeli bunga, penuh satu bas, sampai jd bas berhias pula, bunga ros, bunga kekwa sampaikan bunga tahi ayam pun ada sama.. ish2 mk ck -mk ck memg dahsyat........





( Bunga bukan sekuntum.. kumbang taik banyak )

kaca mata bentuk mata belalang adalah yg paling digemari oleh geng bas sekolah.. masg2 dok tayang kaca mata masg2.. macam2 lah korang ni....





Em, tapi yg paling tk best ialah, makanan dekat pekan brincang mahal sgt, 4 org makan ( ayam + sambal belacan + air teh 'o'ais/oren) = RM 25.00 shj.

pekedai dekat situ memang tak ada sikap tangungjawab lgsg.. Allah yg akn membls segalanya...

Masing2 dah memborong, dan kehabisan duit,sampaikan nak makan pun kena pinjam.. hehehe.. belanja oh belanja......

Disini diselitkan sedikit gambar kenang2an kami, Terima kasih kepada semua yg terlibat, buat Udin, Ayie, Cg. Ibrahim, Azhari yg terlibat dalam communication ; buat juru foto : Emi, hasifi, Enot, Udin, Pie, Shafiq dan lain2 ; buat mk ck2 : Salasiah, Asmak, Saniyah dan Mariah ; Buat org lama : Hj. Razlan yg sporting, dan buat semua yg terlibat secara lgsg & tdk lgsg... dan yg best sekali buat Abg Munir yang paling best.. Tq.

ada rezeki kta jumpa lg...

Wallahualam...

Friday, September 12, 2008

Program Mari Bersolat

Program Mari Bersolat anjuran Remaja At-Taqwa, Taman Merdeka dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Selama. Seramai 91 orang telah mengambil bahagian, program ini telah mendapat sambutan yang memberansangkan daripada kalangan anak-anak muda didaerah ini.. Untuk pengetahuan, program inia adalah sejajar dengan program yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Perak yang baru. Insyaallah, program seumpama ini akan diteruskan lagi dimasa akan datang.





















































Thursday, December 27, 2007

PERTANDINGAN BOLE SEPAK REMAJA ISLAM 2007



TARIKH : 23 NOVEMBER 2007

TEMPAT : PADANG SK SRI SELAMA




Pertandingan ini telah diilhamkan oleh 3 orang remaja yang amat meminati sukan ini. Pertandingan ini dijalankan secara 9 sebelah. ianya telah berlansung dengan jayanya dengan berkat rahmat daripada Allah, Tuhan Yang Maha Besar. Pertandingan ini mendapat tajaan daripada penaja-penaja yang ikhlas, walaupun jumlah sumbangan yang sedikit. MOTIF diadakan pertandingan ini adalah untuk melahirkan tubuh yang sihat dan cergas, mengikut sunnah Rasulullah S.A.W , membuktikan islam itu suatu agama yang tidak mengongkong penganut-penganutnya dengan berbagai peraturan. Dimuat turunkan beberapa gambar sebagai tatapan bersama :


NAMA KUMPULAN:



  1. ALL-BLACK

  2. TAQWA A

  3. TAQWA B

  4. REJECT MY TEAM

  5. BELIA RTBK


KEPUTUSAN :


TEMPAT :



  1. REJECT MY TEAM

  2. ALL-BLACK

  3. TAQWA B


















Friday, September 21, 2007

Sunday, August 26, 2007

Monday, July 9, 2007




PEMANDANGAN SURAU





GARAJ KERETA
BILIK IMAM










SISI KANAN (LELAKI)





GARAJ MOTOR/BASIKAL/BECA







PADANG DEPAN SURAU







GARAJ KENDERAAN & TEMPAT SEMBELIH
LEMBU 2






PAGAR BELAKANG






STOR LUAR & TEMPAT SEMBELIH
LEMBU 1









PONDOK P.RAMLEE
(WANITA)




SISI KIRI(BHG. WANITA)









PENUNGGU SURAU
(NURUDDIN)





PANDANGAN HADAPAN









BAHAGIAN HADAPAN





PAGAR BARU SURAU

Saturday, July 7, 2007

JALAN-JALAN CARI MAKAN




















































PADA 7/7/2007, REMAJA TELAH BERKESEMPATAN BERJALAN-JALAN KE SERDANG,KEDAH. IANYA HANYA BERTUJUAN UNTUK BERJALAN-JALAN SAMBIL MAKAN DAN JUGA MERAIKAN SEORANG TETAMU RAKAN REMAJA YANG DATANG DARI MANJUNG IAITU SAUDARA FAZLI. SERAMAI 6 ORANG TELAH MENYERTAI MAJLIS SAMBUTAN & MAKAN MALAM YANG DIJALANKAN DI RESTORAN SUP 99, DAN ALHAMDULILLAH SEMUANYA BERJALAN DENGAN BAIK. DISELITKAN SEDIKIT GAMBAR SEMASA MAJLIS BERJALAN. KEPADA YANG TIDAK TERPILIH MOHON MAAF DIPINTA..